|
Kata-kata Aluan
Bersyukur kami ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia serta rahmatnya dapatlah kiranya kami menyiapkan sebuah laman web sekolah ini iaitu laman web rasmi Sekolah Menengah Sains Machang. Laman web ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi info terkini kepada semua bekas pelajar ataupun yang masih lagi belajar di sekolah ini untuk mengetahui info-info dan maklumat-maklumat terkini yang berlaku dalam dan luar dunia smach. Pertama-tamanya kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan beberapa peralatan sekolah dalam usaha menyiapkan laman web ini. Sesungguhnya sumbangan sekolah dalam proses penyiapan laman web ini amat kami hargai.
Tidak lupa kepada guru pembimbing kami iaitu Cikgu Mustapha Ilias yang banyak memberikan dorongan dan tunjuk ajar kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami untuk mendapatkan beberapa cakera padat yang khusus untuk membuat laman web ini di samping memberikan beberapa maklumat untuk dijadikan isi-isi sebagaiman yang dapat dilihgat hasilnya di laman ini.
Di samping itu juga, ucapan terima kasih tetap kami ucapkan kepada semua rakan dan pelajar yang turut serta memberi bantuan sepanjang laman web ini ditubuhkan. Tanpa sokongan mereka sudah pastilah kami tidak akan dapat menyiapkan laman web ini dengan sempurna. Akhir kata, penutup tirai bicara kami harap para pengunjung akan terhibur di samping mendapat input-input yang bermutu dan terkini dalam laman web kami. Sekian,terima kasih.!
webmaster, 2007-10-22 |