Wawasan Sekolah

Wawasan Sekolah

Perubahan yang pantas dan di luar jangkaan dalam persekitaran pendidikan menjanjikan masa depan yang tidak menentu dan penuh cabaran kepada generasi masa kini. Perkembangan ini menuntut kebijaksanaan seluruh barisan pendidik melakukan muhasabah terhadap pegangan yang selama ini menjadi amalan dalam proses mendidik anak bangsa. Oleh itu, memang wajarlah sekolah mempunyai wawasan yang menjurus jauh kedepan, bagi memastikan penghayatan, kesungguhan, komitmen, penyatuan dan penyusunan penyediaan perancanaan dapat disediakan lebih mantap. Wawasan SBP mengandungi 4 konsep dan budaya yang ingin diwujudkan melalui wawasan selaras ialah:-

  • Kecemerlangan Ilmu.
  1. Melahirkan sikap positif terhadap ilmu dan pengalamann yang sepanjang hayat.
  2. Memastikan kesinambungan ilmu dan keintelektualan melalui pembinaan minda.
  3. Menjamin pembangunan insan seimbang melalui penitisan ilmu bersepadu.
  4. Menyediakan sumber manusia yang berketrampilan dan mempunyai daya saing yang tinggi.
  5. Memungkinkan bakat-bakat mendapat nilai komersial.
  6. Meningkatkan daya imaginasi, kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan ciptaan melalui penyelidikan dan pembangunan.
  • Kemampanan Sahsiah
  1. Mewujudkan kepimpinan berteraskan ketaqwaan, keimanan dan prinsip musyawarah.
  2. Menyediakan warga sekolah yang dedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
  3. Melahirkan warga berbudi bahasa, jujur, amanah dan berhemah tinggi.
  4. Melahirkan manusia yang bersikap kebertanggungjawaban yang jelas ke atas apa yang diamanahkan.
  5. Menyediakan landasan ke arah kejayaan di dunia dan akhirat.
  • Kesejagatan Kepimpinan
  1. Mengamalkan kepimpinan bersikap tegas, berani, toleransi dan bijaksana.
  2. Menghasilkan pemimpin yang mempunyai misi dan visi yang jelas.
  3. Memupuk pemimpin yang bermuhasabah dan terbuka.
  4. Memupuk dan meneguhkan bakat dan suadaya kendiri ke taraf antarabangsa.
  • Kejituan Patriotisme
  1. Membina kesedaran diri sebagai Warga Negara.
  2. Menanam semangat rela berkorban untuk negara.
  3. Menyokong dan merealisasikan dasar-dasar negara.
  4. Melahirkan semangat kekitaan yang kukuh dan padu.
  5. Penyatuan matlamat, ide dan amalan ke arah pencapaian wawasan.
  6. Melahirklan semangat hormat menghormati, kasih sayang tanpa batasan kaum dan status.

2007-10-22