|
Piagam Pelanggan
Kami warga Sekolah Menengah Sains Machang, dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan berusaha untuk mencapai: Kecemerlangan pengurusan dan kepimpinan Memastikan perlaksanaan pengurusan sekolah yang cekap dan amanah. Mengamalkan kepimpinan berteraskan ketakwaan, keimanan dan musyawarah. Bermuafakat dan berinteraksi sepanjang masa dengan masyarakat setempat ke arah melahirkan budaya kerjasama. Memastikan kemantapan organisasi melalui pengamalan sikap tegas, toleransi dan bijaksana. Kecemerlangan kurikulum Memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan. Membina daya saing yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik, berketerampilan serta mampu rnengisi bidang-bidang yang dikehendaki oleh negara.
Kecemerlangan kokurikulum Menyediakan ruang dan melatih pelajar menjadi pemimpin yang berwibawa. Melahirkan insan yang serba boleh dan dapat menyumbang ke arah pembinaan bangsa dan negara.
Pembangunan sumber manusia Melahirkan warga yang penyayang, kreatif, inovatif dan pro aktif dalam menghadapi cabaran. Menjamin pernbinaan insan yang bersepadu melalui pembinaan minda dan penitisan ilmu.
Kecemerlangan it Memastikan penggunaan, penerokaan dan kemahiran dalam IT sentiasa dipertingkatkan di kalangan warga selaras dengan perkembangan dan kemajuan bidang tersebut. Kami mengiktiraf hak-hak pelanggan: Mendapat perkhidmatan dan layanan yang mesra dan adil. Memberi maklumbalas dan penilaian membina ke atas perkhidmatan kami.
2007-10-22 |