Program Tahunan

Program Tahunan


 

Pesta Konvo

Pesta konvo diadakan setiap tahun bertujuan untuk meraikan kejayaan para pelajar dalam peperiksaan SPM. Pelbagai program diadakan semasa Pesta konvo ini seperti Pasar Ria, majlis Graduasi, permainan dan pameran

Anugerah Kecemerlangan Muda

Anugerah Kecemerlangan Muda diadakan untuk meraikan para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan PMR.Anugerah ini bertujuan untuk memberikan motivasi kepada para pelajar untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

Program Cakna Mesra

Program Cakna Mesra dilaksanakan semasa para pelajar sedang menghadapi peperiksaan PMR dan SPM setiap tahun. Guru mata pelajaran akan mendampingi para pelajar setiap masa sebelum para pelajar masuk ke dewan peperiksaan.

Majlis Taman

Program ini dilaksanakan pada waktu malam. Para pelajar PMR dan SPM akan menjalani P&P di dalam taman. Pada akhir P&P para pelajar akan dihidangkan dengan sedikit jamuan.

Principle List Award (PLA)

Program PLA dilaksanakan bertujuan untuk menghargai kejayaan para pelajar dalam setiap peperiksaan. Para pelajar yang cemerlang akan diumumkan dan diberikan hadiah oleh Tuan Pengetua.

Runding Cara Akademik

Program ini adalah majlis perbincangan dari hati ke hati antara ibu bapa dan guru-guru. Program bertujuan untuk membincangkan masalah yang pelajar hadapi dan menyelesaikan masalah tersebut secara bersama.

Kursus Kepimpinan Pelajar

Kurusus ini dilaksanakan setiap tahun.Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk menjadi pemimpin dan memantapkan mereka semasa menjalankan tugas.Kursus ini diberi kepada pemimpin pemimpin pelajar terutama kepada Pengerusi-pengerusi persatuan, ketua-ketua unit uniform dan ketua ketua dorm.

Tamrin Naqobah

Semua ketua-ketua usrah yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 3,4,dan 5 diberi kursus untuk menjadi pelajar-pelajar sebagai pemimpin.

Khemah Ibadat

Program Khemah Ibadar ini di laksanakan khusus untuk pelajar tingkatan 1 yang bertujuan supaya pelajar dapat menghayati amalan-amalan dalam islam dalam kehidupan seharian mereka

Bulan Penghayatan Islam

Program ini melibatkan semua warga SMACh dan pelajar.matlamat utama program ini supaya semua pihak dapt menghayati dan mengamalkan cara hidup sebagai seorang islam yang sebenarnya.

Bulan Penghayatan Disiplin.

Semasa program ini dilaksanakan semua pelajar dikehendaki mengikuti dan menghayati bulan penghayatan disiplin supaya masalah disiplin mencapai sifar.

Bulan Penghayatan Kemerdekaan

Setiap tahun aktiviti mengenai kemerdekanaan dilaksanakan dengan harapan supaya para pelajar dapat menghayati dan mengingati peristiwa penting semasa kita mencapai kemerdekaan.


2007-10-22