|
Doa Rasmi Sekolah
Allahumma Ya Allah Ya Fattahu Ya Alim Muliakan hidup kami dengan siraman cahaya hidayah - Mu sebagaimana Dikau sinari bumi dengan cahaya matahari-MU Sinarilah diri kami dengan Nur kefahaman yang tajam sehingga memudahkan kamu menguasai dan memahami ilmu pengetahuan yang menjadi perisai kejayaan hidup kami duniawi dan ukhrawi,
Ya Zaljalall Walikram
Hiaslah diri dan jiwa kami dengan kilau pancaran iman dan binalah hidup kami dengan asas taqwa yang bakal memberi kekuatan dan daya pemikiran serta azam yang tinggi bagi melaksanakan tugas manusiawi kami selaku pelajar yang berjuang membina kecemerlangan ilmu, dalam usaha menegakkan Islam agama kami, Agama keredaan-Mu dan negara kami kurniaan -Mu.
Ya Malikud Dayyan Sematkanlah di dalam rongga hati murni kami Perasaan penyayang dan semangat perpaduan serta permuafakatan yang bernafaskan toleransi, dan budi bicara yang mendalam antara kami dan para guru serta pemimpin kami.
Dibarakati Asmaikal Husna Washifa tika Uzzma Jadikanlah hari-hari selama kami di kampus ini merupakan hari-hari yang berisikan hal-hal positif sehingga terpelihara disiplin diri dan tegak utuhnya peraturan perharian yang menjadi budaya sekolah kami.
Ya Allah Ya Man ha Arada Syalan An Yahilahu Kun Fayakan Jadikanlah negara kami Malaysia dan seluruh negara Islam di rantau dunia ini, sebagai negara aman, makmur dan stabil di dalam segala hal, dan urusannya serta mendapat kerestuan-Mu 2007-10-22 |