MyTopSchool

Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Pengurusan Email

Pengurusan email

Tempahan Makmal

Komputer

Pengurusan Sekolah

Local (tempatan)
Tapak Web

Web Hosting

 

 

Template Chooser

siteground89
Jamuan akhir tahun Guru & Staf 2009 PDF Print E-mail
Written by Wan Azuraidi Wan Setapa   
Sunday, 01 November 2009

 

       Jamuan akhir tahun guru dan staf merupakan program tahunan sekolah.Pada tahun ini program ini telah di adakan pada 1. oktober.2009 di hotel Renaisance Kota Bharu, Kelantan, .

            Seramai 100 orang lebih staf dan guru SMACH telah hadir dalam jamuan ini.Objektif utama program tahunan ini di adakan adalah bagi meraikan para guru dan staf SMACH sebagai suatu penghargaan kepada mereka setelah bertungkus lumus selama lebih kurang setahun menabur bakti demi kecemerlangan sekolah.Ianya juga mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara para guru dan staf sokongan agar ianya nanti dapat melahirkan suatu suasana kerja yang lebih selesa dan hormani. Program di mulakan dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi majlis ( Cikgu Zamani Naaim ).Seterusnya ucapan yang menarik oleh pengerusi Kelab guru ( En.Zuki MAt Zain ) yang mana memberi fokus kepada pengorbanan dan perjuangan yang harus ada di kalangan semua staff SMACH agar ianya akan melahirkan input yang unggul khususnya dalam bidang pendidikan.Seterusnya Pengetua memberi ucapan yang menekankan konsep kerjasama atau ' Team Work " di kalangan staff SMACH.Kerjasama yang utuh telah melahirkan input yang di harapkan iaitu kejayaan SMACH sehingga di beri status sekolah Kluster.

          Seterusnya, acara yang paling di minati dan di tunggu oleh semua iaitu cabutan bertuah.Sebanyak 70 hadiah telah di sediakan untuk cabutan bertuah dan yang paling menarik dan mendapat tepukan gemuruh sekali ialah penerima cabutan bertuah yang mendapat hadiah berupa wang dari Pengetua sendiri. Tahniah kepada semua yang mendapat hadiah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis Jamuan akhir tahun ini

Last Updated ( Monday, 16 November 2009 )
 
< Prev   Next >