| Azam tahun baru (Sekakar renungan). |
|
|
|
| Written by Wan Azuraidi Wan Setapa | |
| Wednesday, 06 January 2010 | |
|
Selamat tahun baru di ucapkan kepada semua warga SMACH .Tahun baru membawa kepada pelbagai erti kepada kita semua.Apa yang paling sinonim sekali dengan tahun baru ialah azam Setiap kali tiba tahun baru, kebanyakan dari kalangan kita akan membuat azam baru.Pelbagai kaedah yang di gunakan untuk mentekadkan azam baru.Ada yang menulisnya di dalam diari, ada yang menulisnya pada 'White Board,' ada yang menulisnya di dalam buku catatan malah ada yang menggunakan kaedah yang lebih mudah iaitu meng' set' kan di dalam minda sahaja.Apa yang pasti azam tahun baru ini merupakan sesuatu yang lebih baik berbanding dengan pencapaian yang telah di capai pada tahun lepas.Kalau mengikut kaedah dan perhitungan ini, bermakna kita semua sentiasa mencapai peningkatan dari tahun ke tahun.Namun, persoalannya, apakah perhitungan ini relevan dengan diri kita khususnya sebagai ukuran dalam peningkatan kualiti diri kearah kehidupan di dunia dan akhirat ?. Kalau kita melihat kepada azam tahun baru, ianya sesuatu yang sungguh berwarna dan kepelbagaian.Ada yang berazam ingin mengubah cara hidup,Ada yang berazam ingin mencipta lebih banyak kejayaan dan kepada para pekerja azam tahun baru mungkin ingin meningkatkan kerjaya dan sebagainya.Hakikatnya. azam tahun baru ini biasanya menggambarkan sesuatu yang baik, elok dan sedap di dengar, walaupun mungkin ada yang kurang realistik dan sukar untuk di capai. Bagi seseorang pelajar, azam mereka mungkin lebih bercorak kearah peningkatan dalam pelajaran dan di dalam bidang Kokurikulum.Pencapaian pada tahun lepas akan menjadi sandaran dan panduan kepada mereka untuk membuat azam pada tahun ini.Kejayaan dan pencapaian seseorang pelajar amat di titik beratkan sebagai suatu item yang diperlukan kearah menuju matlamat dan sasaran di dalam bidang pendidikan iaitu mencapai kejayaan yang tertinggi sekali.Lantaran, marilah sama- sama kita membulatkan tekad membuat azam demi sebuah kejayaan yang cemerlang. Namun, kita sering terlupa dalam kita meneruskan kehidupan, setiap tahun umur kita juga semakin bertambah.Pertambahan umur dari tahun ke tahun sepastinya mendekatkan diri kita semua kembali ke tempat asal.Perkara ini kurang di berikan perhatian oleh kita semua.Dalam kita mengejar kejayaan di dunia, kita sering terlupa akan matlamat hidup kita iaitu kewajipan juga dalam mengejar kejayaan di akhirat.Oleh itu, pada tahun ini (2010 ) marilah kita sama- sama mengubahkan tekad dan azam kita dengan azam yang lebih baik kearah peningkatan amal dan jariah kita untuk bekalan di akhirat.Kita hidup di dunia umpama kita berjalan ke destinasi yang kekal abadi. Semoga pada tahun 2010 ini memberi pelbagai kejayaan dan menambahkan keimanan kepada kita semua. Selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua warga SMACH dan hayatilah lirik lagu ini.Mungkin akan menberi 'sesuatu' yang bernilai buat kita semua. Kita Ini Tetamu Senja
Di sediakan oleh : Wan Azuraidi Wan Setapa Pembantu Makmal SMACH |
|
| Last Updated ( Wednesday, 06 January 2010 ) |
| < Prev | Next > |
|---|















