| Runding cara Akademik 2010 |
|
|
|
| Written by Wan Azuraidi Wan Setapa | |
| Monday, 01 February 2010 | |
|
PROGRAM RUNDING CARA AKADEMIK KALI -1 (2010) TEMPAT : Dewan Wawasan SMACH TARIKH: 31.Jan. 2010
Umpama bulan bertemu bintang, maka teranglah malam.Itulah perumpamaan bagi pertemuan antara pihak sekolah dengan para ibubapa/ penjaga bersama pelajar dalam program runding cara akademik kali ke-1 2010. Program ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan yang erat, saling kenal mengenali dan menjalinkan kerjasama yang jitu bagi membantu para pelajar dalam meneruskan kecemerlangan.Paranan para guru dan ibubapa sama pentingnya bagi menjamin kejayaan seseorang pelajar.Dalam konteks hubungan ini,para ibu bapa secara langsung dapat bertemu mata dengan guru-guru yang mengajar, mendapat maklumat dari guru berkenaan pencapaian dan mungkin juga kelemahan serta masalah yang di hadapi oleh para pelajar.Seterusnya bersama-sama mengambil pendekatan dan solusi terbaik dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang mungkin timbul dalam proses pembelajaran.Hubungan ukhwah ini merupakan suatu elemen penting dalam merealisasikan misi dan visi SMACH pada tahun ini (2010 ). InsyaAllah |
|
| Last Updated ( Wednesday, 03 February 2010 ) |
| < Prev | Next > |
|---|














