MyTopSchool

Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Pengurusan Email

Pengurusan email

Tempahan Makmal

Komputer

Pengurusan Sekolah

Local (tempatan)
Tapak Web

Web Hosting

 

 

Template Chooser

siteground89
TAMRIN NAQOBA 2010 PDF Print E-mail
Written by Wan Azuraidi Wan Setapa   
Saturday, 27 February 2010

 

 Image

 

 

Pada 12 hingga 14 Februari 2010, Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR) dengan kerjasama Unit Program Pembangunan Rohani Sekolah Menengah Sains Machang (SMACH)telah mengadakan Tamrin Nuqaba’ bertempat Institut Latihan Pengurusan Peladang Machang.

Seramai 61 orang naqib dan naqibah telah menyertai program tersebut. Program ini bertujuan untuk melatih naqib dan naqibah BADAR SMACH sebagai persediaan untuk menjalankan aktiviti kerohanian seperti khemah ibadah, usrah, tamrin dan aktiviti-aktiviti kerohanian sekolah. Ini adalah bertujuan untuk membantu pihak sekolah membangunkan kekuatan spiritual (kerohanian) pelajar yang merupakan asas penting kecemerlangan pelajar baik di dunia dan juga akhirat.            Antara pengisian yang telah dijalankan semasa program Tamrin Nuqaba’ ini ialah seperti perkongsian bersama fasilitator, ceramah, Latihan dalam kumpulan (LDK), tazkirah, solat berjemaah dan qiamullail. Fasilitator terdiri daripada bekas-bekas pelajar yang kini sedang menuntut di universiti tempatan. Guru-guru yang juga merupakan ahli jawatankuasaProgram Pembangunan Rohani dan Penasihat BADAR hadir bagi memberi sokongan sepanjang tiga hari dua malam program berlangsung. Program juga berjalan dengan baik dan lancar. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tn.Hj.Sahiful Bahari bin Abd. Rahman, Pengetua SM Sains Machang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru, fasilitator dan pelajar yang terlibat. Oleh,MD. RIDZWAN BIN MD YUNUSGuru Penyelaras,Badan dakwah dan Rohani,Sekolah Menengah Sains Machang.

Last Updated ( Saturday, 24 April 2010 )
 
< Prev   Next >